Friday, 12 April 2013

Istimewa

Apa yg istimewa
Satu benda yg sangat istimewa
Kalau dijaga maka akan kekal istimewa
Jika tidak dijaga  istimewanya terus maka iainya akan jadi  biasa sahaja

Iaitu
Ukhwah seorang sahabat
Seperti yang saya kata
Tak semua kita boleh anggap sahabat
Mmg ramai boleh dianggap kawan
Tapi tak kan sama dengan sahabat

Hari ni nak cerita
Jika ditanya siapa sahabat saya
Dia ni duduknya dalam senarai yang paling atas

Nama dia madihah binti mohamad kamaludin

Dengan dia seorang kami pernah menangis bersama.. ketawa bersama.. gembira bersama.. dukacita bersama..

Jika ada satu benda yang saya takutkan
Ya saya takutkan hubngan istimewa sahabat ini terlerai

Ketawa
Terlalu banyak bend pernah kami ketawakan bersama
Tiada istilah terasa hati antara kami berdua..
Dia boleh sajA mebahan saya dan begitu juga sebaliknya

Sedih
Kami pernah punya satu bingkisan cerita yang sngt indah
Hanya kami berdua tahu kenapa mengapa dan bagaimana
Dia Menangis di tepi tangga  dan saya menangis di dalam bilik
memujuk hati memasing yang tika itu terasa sesama sendiri..
Tapi duduknya kami tidak jauh kemana..
Kerana apa walau hati sesama sendiri merajuk tapi ikhlas keran Allah kami menyayangi hubungan ini

Gembira
Terlalu banyak moment indah diri ini berkongsi bersama dia
Terlalu bnyak
Tapi apa yang paling saya hargai adalah pada saat tournament debat
Hanya dia seorang sahabat saya yang sanggup meninggalkan kerjanya untuk beri sokongan kepada perjuangan debat saya
Bahkan jika saya hany menjadi pengacara untuk satu majlis kecil sahaja
She's being a superb supporters
Dia sentiasa sanggup melapangkan waktunya untuk beri sokongan kepada saya
Anda sangat2 beruntung jika punya seorang sahabat seperti itu
Yang faham minat anda
Dan memberikan sokongan tanpa belah bahagi kepada anda
Ya saya ada dia

Bersama
Terlalu banyak benda yang kami bersama
Terkadang dengan gaya fikirannya
Terselalu dengan buat keputusannya
Bersama sentiasa dalam apa juga program
Andai saya ajk maka dia ajk dibawah saya
Indah sangat indah bersahabat bersama dia

Indah itu bertambah bila
Dia ingatkan saya saat langkah kaki ini lemah dan longlai
Dia fahami saya saat kaki ini kusut dan masai
Di di sisi saya saat jiwa ini kosong dan ibarat disalai
Dia ingatkan saya pada agama dan pegangan saat diri ini lalai

Madihah yang saya kenal
Orangnye tegas pada prinsip
Ikhlas pada perbuatan
Jujur dalam teguran
Tabah dalam ujian
Luhur dalam berbudi

Harap
Ukhwah yang Allah pinjamkan ini buat selamanya bukan hanya sekadar di sini
Saya tidak mungkin jumpa madihah yang ini dalam tabir hidup yang berbeza
Kerana dia hanya satu dan sangT istimewa untuk saya :)

Untuk dia saya tidak bisa berbicara indah seperti biasa
Kerana otak fikiran ini asyik memutar fikir apa ayat yang paling mudah dan indah menggambarkan semua..
Ya tiada...maka jadinya tidak tersusun.. kerana semua ingin kuluahkan... ketepi semua lenggok bahasa.. nyahkan semua madah pujangga.. yang penting aku pias dapat luahkan dalam bingkisan percuma ini.. walau hanya aku seorang yang bercerita.. biar tunggang langgang tak ala.. kerana Allah seorang tahu apa sebenar yang aku mahu bicara.. tak terungkap dik kata.. tak terzahir dengan perbuatan biasa.. lillahi taala aku sayang sahabat aku yang istimewa ini :)

Sunday, 31 March 2013

Hilang

X dapat bayang
X tahu nak kata
X terfikir nak bicara
X terjengah di minda

Andai satu hari nanti ada yg hilang

Bukan barang namun manusia
Bukan kawan tapi keluarga
Bukan tak kenal tapi cinta
Bukan tak redha cuma tak tahu bagaimana

ALLAH
DIA adil
DIA maha bijaksana
DIA kurniakan segalanya
DIA beri
DIA juga ambil kembali hakNya

Bicara tentang kehilangan kerana apa
Berlaku satu rentetan cerita

--------------------------------->
saat kami semua bergelumang dan mengendeng dengan periksa akhir yg menjelma
Hampir separuh langkah
Dikejutkan dengan berita
Seorang sahabat ALLAH tarik semula pinjaman nyawa buat adik kesayangannya

Terus terpana
Terfikir tentang dia sahabat yg ALLAH uji
Terus pulang di pagi hari bermohon agar sempat menatap wajah adik kesayangannya dan keluarga

Kami hanya mendengar berita dan cerita dari laman twitter
Boleh kata semua bergabung
Mengucap takziah dan menadah Al fatihah buat dia sekeluarga

Saat peperiksaan bermula
Terfikir tentang sahabat itu
Rasa kasih dan kasihan bertemu rasa

-------------------------------->

Terfikir sejenak

Bagaiman jika ALLAH uji diriku?
Mampukah aku??
Bagaimana akan ku hadapinya??

Adakah aku akan meratapi tanpa bicara?
Atau berhadapan dengan tabah dan penuh redha..

Ya
Saya belum pernah terfikir dan pernah merasa

Jika nanti Allah uji
Harap nanti saya menghadapi seperti orang beriman
Bukan seperti org yg langsung tidak sedar semua dalam dunia ini pinjaman

Ya
Saya juga sedar kita hanya boleh cerita dan berharap
Kerana
Saat kehilangan tiada siapa mampu sorok rasa dan perosok segala yang terbuku di dada

Doakan
Agar yg ALLAH pinjam disekeliling kita dicabut nyawa mereka dalam keadaan yg paling mulia
Itu kenyataan yang kita tak mampu elak lalu doa lebih baik dari minta elak

Doakan
Agar saat ALLAH tarik pinjaman itu kita tidak akan menjadikan emosi menjadi juara
Sebaliknya biarlah iman dan takwa serahan utama

Doakan
Doakan
Doakan yang baik baik sahaja :)
Kerana kita hanya merancang tapi ALLAH tetap berkuasa..

Friday, 22 March 2013

KAWAN vs SAHABAT

Sering tersilap
Bahkan hampir terlelap

Sering menganggap
Bahkan hampir terperangkap

Sering mengangkat
Bahkan hampir tergugat

Sering diperhalusi
Bahkan hampir buat ku berhalusinasi

Mimpi tentang sesuatu yg mungkin bukan erti sebenar mengenal sejati
Merelakan rawang hati
Ditusuk panahan sembilu sehalus tajaman peniti

Sakit yang teramat
Sehingga rasanya hati hampir lumat
Kerana mengenang azam dan cita yang jauh dari matlamat

Kawan
Pengertiannya mudah
Milikinya indah
Menyayangi nye buat hati rasa mawaddah

Namun
Jujur aku kata
Tidak semua kawan boleh kalian anggap sahabat

Kerana apa?

Sahabat
Mungkin hurufnya hanya 7 patah
Namun
Kasihnya mampu buat kau terbang 7 lapisan langit terindah
Goresan lukanya jika terjadi mampu buat kau terasa 7 lapisan ke bawah kau harus redah

Kerana apa?
Sahabat datangnya bukan selalu
Hadirnya bukan setahun sekali
Kenal nye bukan dalam sesaat
Sayangnya bukan terpupuk dalam seminit
Kasihnya kau tak mampu hitung walau dalam sejam

Tafsirannya
Sahabat ini bukan ramai
Kerana yang ramai itu kawan
Boleh dibuat bergurau namun bukan untuk berkongsi persoalan kehidupan

Sahabat itu selamanya
Yang sekejap itu kawan
Boleh dibuat pasangan namun x kan boleh berpegangan dalam menghadapi rintangan

Sahabat itu fahami semua
Yang tidak faham itu kawan
Boleh berkongsi cerita dan rasa namun tidak mungkin dia ambil guna untuk bersama ambil tauladan

Kerana itu aku kata
Kawan dan sahabat itu berbeza
Kasihnya rasa hingga ke syurga
Sayangnya mampu kau pegang jadi azimat penuh bermakna
Nasihat nye mampu buat kau lega
Rajuknya terkadang tidak kau rasa

Kerana apa?
Dia menjaga hati sahabatnya
Seolah hati itu luhur dan tiada cacat cela...

Sahabat
Tidak punya ramai
Namun kehadirannya dalam pentas hidup ini bernilai
ALLAH pinjamkan agar hati terus rasa damai walau dilanda badai

Terima kasih ALLAH :)

Thursday, 21 March 2013

Mengalah

Kadang kadang saya terfikir adakah mengalah itu bererti kalah atau salah
Kerana kita terbiasa mendefinasikan org yg mengalah itu bersalah dan mengaku kalah

Punya tafsiran berbeza dan intonasi pelbagai
Setiap sesuatu kondisi tidak punya jaminan bahawa mengalah itu baik atau jahat

Sering terjerat dalam situasi itu
Berkorban untuk kawan keluarga dan sesiapa sahaja yg disayangi
Pengorbanan itu lebih ku tafsirkan sebagai mengalah

Aku juga tidak sempurnA
Mungkin juga org lain mengalH dengN kehendak dN kemahuan ku tanpa ku sedari

Kerana apa?
Kita punya kemahuan..
Org lain yg kita syg juga punya kemahuan..
Bila dua kemahuan bertempung..
Maka ambik refleksi untuk ketepikan kemahuan yg kita punya..
Lakukan seolah kita tidak punya apa apa kemahuan..
Dan biarkan kemahuan org lain didahulukan..

Tidak mengapa :)
Jika korban itu ganjarannya senyuman dan nilai bahagia dr yang tersayang itu sangat berguna..

Tapi :(
Kalau dengan berkorban kemahuan itu langsung tidak ditakrifkan sebagai mengalah..
Sebaliknya keadaan menjadi semakin gelisah dan tidak mudah..
Ya itu buat aku pasrah dan betul betul rasa kalah..

Ak bercakap atas situasi..
Sedikit kecewa..
Kerana ku mengalah tapi aku pula yg seolah dipersalah..
Ya hidup ini tentang menghadapi kerenah org lain.. dan ye ku sering kalah dengan kerenah org lain yg ku syg.. walau ku tahu sayang mereka untuk ku belum tentu..

Tidak apa..
Terus mengalah untuk org yg kita sayang...
Kerana hidup ini bukan tentang pertembungan kemahuan yg akhirnya akan mencetuskan ketegangan.
Sebaliknye tentang menghadapi dan mengecapi kasih sayang itu dengN pelbagai cara..
Dan salah satu caranya adalah mengalah :)

Ayuh! Positifkan minda dan sayangi org di sekeliling dunia yang Allah pinjamkan ini :)

Sunday, 10 March 2013

Harapan

Balik sebentar cuma
Melihat luka di kaki itu
Sayu tidak terhitung bicara
Begitu dalam dan memerah kelilingnya

Pasti sakit menanggungnya
Terdengar mulut bicara
"Pedih ni.. esok nak pergi hospital lagi"

Tergamam tibe tibe
X tahu apa patut dilakukan
Melihat nya sahaja buat ku berfikir banyak perkara

X tahu knp
Rasa sedih mncengkam jiwa
Saat melihat luka itu
Seolah masa cepat berlalu
Takut x tersempat ku membalas budi

Luka itu buat ku berfikir 1000 kali
Adakah Allah ingin memberikan petanda yang tidak boleh ku pandang sepi

Allah
Jangan kau ambil lagi Ya Allah
Belum mampu rasa hati dan jiwa ini

Entah kenapa takut seperti meragut jiwa ini pergi
Melihat luka yg dalam lagi merah itu
Betul2 buat ku menakuti sebarang apa yang akan terjadi

Ku tahu semua nya hanya pinjaman cuma
Sungguh ku x mampu andai pinjaman itu kau bawa pergi

ALLAH
ALLAH
ALLAH

Sunday, 3 February 2013

HERO

Hero..
Tafsirannya mudah
Hanya guna konotasi indah
Seorang yang punya jasa tiada siapa mahu bantah
Lontar bicaranya sentiasa menjadi madah
Marahnya bukan sekadar lepas amarah
Namun penuh dengan bait bait nasihat yang perlu kita ambil dan tadah

Untuk diriku
Heroku hanya seorang
Tiada siapa mampu halang
Tiada siapa mampu membuat hatiku walang
Hanya heroku sorang

Dirinya  ketua keluarga
Yang hidupnya penuh pancaroba
Dari tafsiran muka tiada sapa mampu meneka
Apakah ujian hidup yg pernah dilaluinya
Punya ramai teman yg tidak siapa boleh jangka
Sifat diam nya trkadang buat kami bertanya
Namun jwpan akhirnya ttap sama
Dia hanyak kerah otak dan keringat buat kami yang di cinta
Mungkin caranya acapkali tidak siapa bisa jangka
Namun saat gurau senda itu tiba kami lah yang paling bahagia
Tidak pernah tangan menempa tubuh insani ini
Kerana sepenuh hidupnya asik berbicara tentang kasihkan keluarga
Pengorbanan nye bukan sedikit yang kami terima
Kerana setiap titis keringar dan doanya hanya buat org yg dia cinta
Sifatnya yang sangat menjaga membuat ku bngga kerana itu yang menjadi nakhoda cara ku

Acapkali terharu dengan pengorbanannya
Namun diri kerdil ini belum mampu membalas walau setitis jasa
Pernah juga ku berkira
Nyata sampai bila bila ku tidak bisa mengumpul keringat membalasnya
Kerana jasanya bukan sedikit
Yang bisa ku lupa dan terus hidup tanpa rasa sakit

Dia pernah dihina
Dia pernah dikata
Dia pernah dicerita
Dia pernah dibangga
Dia pernah menangis
Dia pernah tertawa
Dia pernah kecewa
Dia pernah murka
Dia pernah merasa

Namun semuanya dia simpan sendiri
Ku hanya tahu dari mereka yang dia kenali

Jenuh hati ini menangisi
Betapa tekadku jasanya x kan ku pandang sepi
Betapa ku amat teringin membuat dia bangga setiap hari
Punya anak insan kerdil ini
Bisa dia tersenyum di hari tuanya nanti
Bisa merealisasi apa jua yang dia terlintas dan fikiri

Ku harap
Ku rayu
Ku pohon
Ku mahu

Moga Allah beri kesempatan buat ku untuk membuat laku
Membalas jasa hero jantung hati ku..

Saturday, 2 February 2013

Berbeza

Kita mungkin sama pada agamanya..
Tapi berbeza tuntutan bicaranya..
Berbeza pada takdirnya..

Mungkin kamu kaya harta..
Mungkin kamu bijak bnyak ilmunya
Mungkin kamu lebih yang menyayanginya
Mungkin kamu lebih bisa buat org lain ketawa
Mungkin kamu lebih suka didampingi
Mungkin juga kamu bahagia dengan duniawi ini...

Kita berbeza..
Aku bukan sesiapa...
Aku juga tidak punya harta untuk dibanggaa..
Aku tidak punya cerita yang bisa buat orang bangga bersama ..
Aku juga bukan tergolong dalam pandai bijaksana...

Tapi..
Aku punya cara
Punya pendirian yang tidak siapa bisa bicara
Punya nakhoda yang ingin ku kawal sebagai ketua
Punya impian yang tidak semua perlu dicerita..

Berbeza itu perlu..
Dalam konteks bicara yang lebih dahulu...

Kerana dari beza itu kita bertemu
Merungkai kasih utk bersatu
Membina ukhwah dan jalinan padu..
Menyemai ikatan sahabat yang tidak siapa perlu ukur lalu..

Cukup sekadar ALLAH tahu..
Betapa kasih dan sayang dalam perbezaan ini perlu..
Betapa beza yang Allah cipta ini membuat kita terharu
Pada pencipta kasih yang luhur  yang satu..

Terkadang kelahi itu terjadi..
Tanpa kita pinta dan kita jemputi..
Tanpa kita minta ia datang dN pergi..
Tanpa kita niatkan di dalam hati

Tapi dari itu aku mengerti
Erti kasih yang kita bersama cuba telusuri
Sahabat mana yang kekal sejati
Andai mungkin ukhwah ini sehingga mati
Moga dalam hati tidak tinggal walau secebis benci

Kasih itu fitrah
Sayang itu anugerah
Ukhwah itu indah
Beza itu laluan mawaddah
Andai diterap sifat mahmudah
Sahabat itu pasti sehingga sudah :)